Thursday, February 17, 2011

ANDAI KU TAHU


Andai kau tahu dalamnya ilmu..
Memisahkan jasad antara syurga dan neraka..
Pasti kau kan menyelam hingga ke dasarnya..

Andai kau tahu tingginya langit..
Yang atasnya berjuta bintang bersinar..
Memuji dan berdzikir kepadaNya..
Pasti kau malu bersahaja di kala usia..

Andai kau tahu timbang pahalamu ringan..
Dibebani sebelahnya dosa dan noda..
Pasti kau menangis di tengah malam..
Memohon keampunanNya..

No comments:

Post a Comment