Thursday, February 17, 2011

Tiba Masanya Untuk Bercinta

Wahai mataku..
Cerahkanlah tatapanmu..
Wahai tubuhku..
Segarkanlah kujurmu..
Wahai kakiku...
Majukanlah langkahmu..
Wahai tanganku..
Eratkanlah jemarimu..
Wahai hatiku..
Tenangkanlah sifatmu..
Menadah sesejuk wudhu' di malam nan sunyi..
Bersahaja dicalit bauan nan wangi..
Ayuh kita ke hampar suci..
Sejadah terhampar kini..
Untuk kita bermunajat kepada Allahurabbi..
Melabuh cinta suci hakiki nan abadi..

No comments:

Post a Comment