Thursday, February 17, 2011

Pernahkah Kau Bercinta?

Pernahkah Kau Bercinta?
Andai Belum..
Renungkanlah madah ini
Andai sedang..
Mohon izin daku bertanya

"Benarkah Cintamu Itu..?"
Kau kata kau bercinta,

Namun cintamu atas dasar apa..?
Wajahnya..?

Tingkah lakunya..?
Popularitinya..?
Kelembutannya..?

Pernahkah kau bertanya..
"Sedalam mana cintaku..?"
Kepada Yang Maha Esa..
Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam..
Kepada Al Quran & Al Hadith..

Pernahkah kau bertanya..
Bagaimana daku mahu bercinta dgn Yang Maha Pengasih..
Bagaimana daku mahu bercinta dgn para kekasih Allah..

Setinggi mana nilai cintamu..
Cintamu yang mana satu kau agungkan..?
Selami hatimu..

Tanyalah ruhmu..
Intailah imanmu..


"Benarkah Cintamu Itu..?"

Yang sedang belajar bercinta dengan
Yang Maha Pengasih dan kekasihNya..


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم;
"Sesungguhnya Allah pada Hari Kiamat berseru, ‘Di mana orang-orang yg saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini akan Aku lindungi mereka dlm lindunganKu, pada hari yg tidak ada perlindungan, kecuali perlindunganKu.” ~ Hadith Riwayat Muslim~

Daripada Anas رضي الله عنه Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman :

1. Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya,

2. Mencintai seorang hanya kerana Allah,

3. Tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka."

~ Hadith Riwayat Bukhari & Muslim~


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
seandainya kau hilangkan agama dalam dirimu,
maka hilanglah cintaku padamu.."
~Imam Nawawi~


Bagaimana dengan C I N T A M U ?

No comments:

Post a Comment