photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, February 9, 2011

SMART LIVING

          Sebagaimana zaman kian maju, hidup kita juga perlu canggih. Begitu juga dengan proses pembelajaran kian smart sehingga timbulnya smart learning dan smart reading. Bukan orang je nak nampak smart tetapi kehidupan kita camtu juga.Cara fikir kita juga harus smart supaya selari dengan zaman yang dilalui. Agak sukar andai kita tidak berpendidikan namun jika kita byk pengalaman pasti hidup kita kan jadi smart.
          Kalau dulu ayam terpaksa mengais tanah untuk secebis makanan. Kini ayam dipelihara secara komersial kerana bernilai ekonomi. Penternak memelihara ayam-ayam untuk dipasarkan.Maka kehidupan ayam dan penternak menjadi semakin canggih selari dengan zaman yang dilalui. Camne pula dengan kita?
          Selagi tangan mampu digerakkan, otak berkuasa berfikir,tuntutan-tuntutan kehidupan masih menekan, kita akan bekerja tanpa mengira penat. Keluar sesudah subuh pulangnya pula tika menitik si embun jantan. Tetapi, apa akan berlaku andai kudrat sudah tak mampu digerakkan?
          Jika kita mengamalkan sikap 'bekerja hari ini untuk masak hari esok', pegangan kita mungkin tidak selari lagi dengan tuntutan zaman. Hari ini orang berbuat sedikit tetapi pungutannya banyak pada hari esok. Itulah yang dikatakan smart living dan smart earning.
          Bantu diri kita untuk menikmati kehidupan yang lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Peluang sentiasa terbuka untuk kita selagi kita ada keyakinan diri dan mahu mencuba sesuatu yang baru.
Ayuh, gerakkan langkah kita....sama-sama motivasikan diri,moga kita capai kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment