photo 627201q5jaigt1eg.gif

Tuesday, February 15, 2011

KERANA CINTAKU



Aku ingin mencintaimu kerana sifatmu yang ceria

menjadi semangat yang menyala di dalam hati ini

tapi kemudian aku bertanya

bila keceriaan itu kelam dirundung duka

seberapa muram cintaku kan ada?


Aku ingin mencintaimu kerana ramah hatimu

memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu

tapi kemudian aku bertanya

kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka

seberapa mampu cintaku memendam praduga?


Aku ingin mencintaimu kerana cerdasnya dirimu

membuatku yakin pada keputusanmu

tapi kemudian aku bertanya

ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua

seberapa bijak cintaku tuk tetap mengharapmu?


Aku ingin mencintaimu kerana kemandirian yang kau miliki

menyematkan rasa bangga ku yang mengenalmu

tapi kemudian aku bertanya

jika di tengah itu rasa manjamu tiba menyeruak

seberapa cintaku tetap bersamamu?



Aku ingin mencintaimu kerana tegarnya sikapmu

menambatkan rasa kagum pada kukuhnya pertahananmu

tapi kemudian aku bertanya

andai ketegaran itu rapuh diterpa badai

seberapa kuat cintaku bertahan?


Aku ingin mencintaimu kerana pengertian yang kau berikan

menumbuhkan ketenangan kerana kepercayaan yang kau tanam

tapi kemudian aku bertanya

kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat

seberapa ku mampu mengerti cinta ini?


Aku ingin mencintaimu kerana luasnya danau kesabaranmu

menambah dalamnya rasa cinta semakin ku mengenalmu

tapi kemudian aku bertanya

mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku

seberapa besar cinta mampu memaafkan?


Aku ingin mencintaimu kerana keteguhan imanmu

bagai siradj yang benderang mengantarkan cahaya

tapi kemudian aku bertanya kala iman itu jatuh menurun

seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu?


Aku ingin mencintaimu kerana kau yang telah kupilih

sebagai cinta yang kan kupegang sepanjang hayat

tapi kemudian aku bertanya pula hati yang tergoncang

seberapa mantap cinta ini untuk tetap setia?


Andai sejuta alasan tidak cukup

untuk membuat cinta ini tetap bersama dirimu

maka biar kupinta satu alasan untuk menjaga cintaku..


Aku ingin mencintaimu kerana Allah..

kerana....

Dia kan selalu ada untuk menjaga

maka cintaku kan tetap utuh dan setia

hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu

kerana cintaku berpulang pada-Nya..

No comments:

Post a Comment