Sunday, February 6, 2011

Achik Oh Achik

       Setelah seminggu bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina..petang ni aku hantar Angah dan Achik balik asrama.Mujurlah asrama yang sama, taklah terkejar2 sangat. Semalam dah hantar Along balik MTD,mujurlah jalan ok. Masa pergi taklah jem sangat..time balik pula perjalanan lancar je tapi apabila lihat di sebelah kanan...mak oiii..kereta byknyer....mujurlah aku dah selamat hantar Along.
          Hari ni terasa sayu pula aku tengok si kecil aku tu...muka masam mencuka, rasa macam tak nak berpisah je. Puas dia mengangkut barang2nya ke asrama apabila tiba di perkarangan sekolah. Biasanya aku yang tolong kemaskan katil dan loker di biliknya tapi hari ni ibu bapa murid tidak dibenarkan masuk ke asrama. Ini mesti gara2 satu kes yang berlaku hari tu...ada ke patut bapa masuk ke asrama pukul seorang murid kerana tak puas hati anaknya kena buli.Teruk juga budak tu dikerjakannya. Nasib baik tak ada apa2 yang berlaku.
          Kesian juga aku tengok anak aku tu maklumlah baru 10 tahun dah masuk asrama. Bukan tak sayang anak..tapi dah dapat peluang, aku redhakan ajelah. Mudah2an dia belajar sesuatu di asrama tu. Kalau tak.. asyik berkepit je...malampun tak boleh berenggang..nak tidur sekali,sempit katil bila tidur tiga orang..Achik..Achik...

Balik asrama dalam keadaan sedih...hari ni kena kemas katil dan loker sendiri

No comments:

Post a Comment