photo 627201q5jaigt1eg.gif

Sunday, October 14, 2012

~Terima Kasih My Hubby~

8 September 2012...selesai saja tugasan..rasa tak boleh tahan lagi..mata membengkak semacam..terpaksa pulang awal dr tempat meeting, bekejar ke HOSHAS Temerloh, terus rujuk pakar..

Ya Allah, besarnya dugaan yang Kau berikan kepadaku...hanya sebelah mata sahaja mampu memandang, kepala berdenyut2, rasanya aku seakan tak mampu menanggung keperitan yg teramat sangat...Ya Allah, sakit yg Kau timpakan padaku ini mungkin tarbiyahMu, Ampunilah dosa2ku Ya Allah.

7 hari bertapa di rumah, loya rasa tekak pabila sehari 16 biji antibiotik terpaksa kutelan..dunia luar terasa begitu asing, senyuman sememangnya tak mampu kuukirkan lagi meskipun radang pada mataku beransur pulih.

Esok jumpa doktor pakar lagi...Semoga aku akan kembali tersenyum. Terima kasih my hubby kerana melayan setiap detik kesakitanku dengan penuh kasih sayang.

No comments:

Post a Comment