Saturday, March 30, 2013

~Alhamdulillah~

Syukur yang tak terhingga....
Akhirnya pada 21 Mac 2013, mak, ayah, angah dan mak ngah selamat kembali ke tanah air setelah 11 hari berada di Tanah Suci menunaikan umrah. Dapat menatap wajah ibu yang riang sahaja ketika berada di sana menambahkan rasa syukur aku pada Allah SWT kerana memberikan kekuatan pada ibuku untuk beribadat kepada Allah meskipun dia menghidap penyakit buah pinggang yg memerlukannya melaksanakan hemodialisis seminggu 3 kali.Allah permudahkan baginya melaksanakan dialisis sekali di Madinah dan 3 kali di Mekah. Alhamdulillah, mak pulang ke tanah air dengan ceria sekali.
Semoga mak dan ayahku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu.
Aamiin Ya Robb..




































No comments:

Post a Comment