Monday, May 7, 2012

Jom Cuba Buat Kek Lumut


Dok intai2 FB kawan2, teringin pulak aku tgk kek ni...hijaunya mmg mcm lumut. Ada masa nanti blhlah aku cuba... nampak mcm senang je...kalau bab2 kukus ni aku mmg suka...Jom kita cuba..
Betul2 macam lumut kan....


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250gm mentega
4 biji telur gred A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caranya:
1.Pukul mentega dan gula menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berkrim
2. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati menggunakan kelajuan sederhana. Ulangi proses sehingga telur habis
3. Masukkan susu dan serikaya dan pukul lagi
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan horlicks dan gaul sebati
5. Masukkan pewarna dan esen vanilla. Sebatikan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (2 jam 30 minit )

*** Jangan lupa sapukan dahulu loyang dengan mentega atau minyak

No comments:

Post a Comment