Saturday, December 29, 2012

~PUDING KELAPA~

 
PUDING KELAPA.... resepi from Chef Arm lagi...nampak mcm best je...

* Bahan-bahan : -

1pct Agar-agar
400ml Air
180g Gula
25g Gelatin ( Digaul bersama 50ml air hingga sebati )
400ml Santan
2 Biji Putih Telur ( Dipukul hingga kembang dan ringan )

* Cara Penyediaannya : -

1. Cuci & toskan agar-agar sebelum digunakan.
2. Didihkan air dan agar-agar dalam periuk, kacau sentiasa sehingga larut.
3. Masukkan gelatin dan kacau hingga larut.
4. Tambahkan santan, didihkan dan renehkan.
5. Padamkan api, ketepikan dan biarkan seketika.
6. Pukul putih telur hingga kembang berbuih, tuang ke dalam adunan agar-agar dan dikacau rata.
7.masukkan ke dalam acuan dan sejukkan campuran puding hingga separuh beku.Kemudian bekukan sepenuhnya di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment