photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday, December 10, 2012

~Zaman Kanak-kanakku~

Pengenalannya.....ni gambar aku masa kecik-kecik..nampak mcm comel je...tapi sayang hanya sekeping gambar ni yang masih ada dlm simpananku.
 

Indahnya tatkala dapat mengintai zaman sekolah rendah (1977-1982), teringat guru-guru lama...Alhamdulillah kerana ada dunia FB..masih dapat bertemu dan bertanya khabar akan guru-guru kesayanganku. Jasa kalian tidak mampu kubalas meskipun dengan segunung intan, tak terbalas rasanya. Hanya doa diiringkan semoga guru-guruku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu. Terima kasih Cikgu!

Guru-guru kesayanganku SK Jengka 16 (1978-1982) — with Cikgu Abu Latifei Sani, CIKGU NORDIN, CIKGU Razali Umor, USTAZ SOFI, CIKGU ZULKIFLI, Cikgu Rosni Bt Abdullah, CIKGU PUA, CIKGU SANI, Cikgu Hairanah Mohd Salleh and CIKGU SYUKUR.

Buat sahabat-sahabat tersayang...zaman kanak-kanak bersama kalian sememangnya indah.tTerima kasih semua...Buat buah hatiku...hahahaha.. zaman Cinta Monyet...terima kasih... kerana aku sempat merasai keindahannya. Gembira tgk kegembiraanmu bersama insan tersayang....Aduhaiii....zaman kanak-kanak yg masih terbayang dalam ingatan.

7 tahun (1977), masa ni di SK Jengka 15..menumpang — with fahizatul rohayu, latipah mohd salleh, Tipti Asmah, Marliah Awang, suzana, and Dee Husni.
 

Gambar ni kelabu..kenapa ya?..kata2 tu yang penting..sejak dari sekolah rendah lagi dok rajin simpan..falsafah dan falsampah orang, suka buat koleksi sendiri..
— with Rafar Ahmad and Razali Umor.

8 tahun — with Cikgu Razali Umor 

12 tahun....masa ni dah ada org yang minat (zaman cinta monyet)....hishhhh...kalaulah mak tahu.....mati aku!!!


12 tahun-jamuan perpisahan Tahun 6...masak bihun sup sendiri dengan Cikgu Razali...indahnya masa ni
— with Razali Umor.

Gambar Kelasku 1982- Kelas 6 Hijau
Jamuan Perpisahan Tahun 6 (1982) — with Shahrol Hamiza Abdullah.
  

Masa ni 11 tahun..... gi rombongan ke Kuala Lumpur...

Arwah Guru Besar yang sangat menyayangiku....semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yang soleh..
Aamiin.. Al-Fatihah.

Biarpun gambarnya kelabu dan comot..namun segalanya terpahat seribu KENANGAN.

No comments:

Post a Comment