Monday, January 21, 2013

~ Kek Durian ~

Resepi ni aku kongsi daripada sahabat Fb aku Sarina Nayan..Diapun ambil resepi ni drp page FB Chef tapi telah diubah suainya sehingga kek dapat naik dengan gebu. TQ kepada Ina dan tuan empunya resepi asal atas perkongsian.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1 cawan isi durian
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecill essen vanilla
sedikit pewarna kuning, hirisan badam dan coklat chip untuk hiasan
 
 Cara-caranya:
1. Blender gula, telur dan minyak hingga kembang.
2. Kemudian masukkan susu dan isi durian, blender lagi.
3. Tuang ke dalam bekas. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikabonat tadi, essen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sebati.
4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alas dengan kertas kek. Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur dengan hirisan badam dan coklat chip. Bakar selama 1 jam pada suhu 150 dengan api bawah.

Nampak mudah, ada masa bolehlah aku mencubanya. TQ Ina...

No comments:

Post a Comment