photo 627201q5jaigt1eg.gif

Tuesday, May 14, 2013

BaCk to my ScHool

1989....Inilah sekolah terakhir aku, ketika di Tingkatan 6 Atas.
1990...kembali bertugas sebagai guru sandaran di sini.. Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh tetap meninggalkan memori yang paling indah buatku.
Lencana yang pernah kusematkan pada bajuku dulu tetap meninggalkan memori yang indah
Hari ni Selasa 14 Mei 2013....Kembali ke ABS Temerloh setelah sekian lama meninggalkannya...
Banyak yang berubah, suasananya agak indah dan tenang. sempat juga aku snapkan gambar dari atas bangunan tempat kami berjumpa hari ni....
Dari pandangan atas Makmal Bahasa inilah wajah ABS dan asrama yang dapat kusnapkan gambar.


Paling seronok lagi apabila dapat bersama2 sahabat tersayang Norazila. Oleh kerana kami mengajar di sekolah Cina, walaupun tak sama sekolah tetapi kerap juga kami bersama terutamanya apabila ada aktiviti daerah Temerloh. Hari ni apa lagi bila dah ke sekolah lama....sempat jugalah kami posing2 kat depan sekolah.

Azila dan aku dulu pernah belajar sebumbung...sekarang jasa kami diperlukan untuk mandidik bunga2 kecil agar menjadi kelopak kembang yang INDAH.



No comments:

Post a Comment