photo 627201q5jaigt1eg.gif

Sunday, January 30, 2011

Dia yang bernama CINTA

Jari jemari emasku menari lagi...mungkin untuk kubentangkan tentang kehidupan yang terlalu indah.Ingin kupersembahkan di arena pentas dunia di sebalik tabir senyuman ini atau mungkin tentang cinta dimamah usia ini. Lalu kukumpul secebis kenangan mesra yang terlalu singkat, kupintal menjadi ikatan untuk kujalinkan sebuah persahabatan dengan rasa cinta padu untuk kubentangkan padamu yang mengerti.
          Dalam keheningan dan kedinginan siraman mutiara langit ini, aku merinduimu.................

Rindu yang sukar untuk kuterjemahkan kerana hanya dunia kita yang memahami hakikat kerinduan ini. Aku digoda dan tergoda. Aku jatuh cinta !Ya, aku jatuh !Cinta yang bagaimana ya?Cinta anak kepada ayahnya? cinta adik kepada abangnya atau mungkin cinta hati yang setulusnya untukmu wahai Sang Puteraku....Di Pintu Mahligai hatiku yang jauh di mata.
          Guruku Puan Anisah pernah menyindirku di saat mata kulayu ketika belajar, "Izam, cinta itu terlalu indah dan sukar untuk dilukis pada kertas namun warna-warnanya pasti akan menyerikan hidupmu andainya tetap pilihanmu kerana kita dilahirkan atas rasa cinta kedua orang tua kita, ingin saya berpesan kepadamu, bahawa cinta itu diibaratkan semangkuk air yang penuh,walau kepada siapapun engkau beri namun air itu tidak pernah berkurang kerana cinta itu tetap berbeza antara satu insan kepada satu insan yang lain".
          Mataku hanya terkebil-kebil ketika sindiran tajam guruku itu, mungkin dia hanya perasan yang aku sedang jatuh cinta.Di kala itu aku tidak pusing... jauh sekali untuk menterjemahkan cinta dalam kehidupanku kerana aku masih lagi seorang pelajar pada ketika itu.Bagiku pelajar-pelajar lelaki ramai yang menagih cinta dariku dan kuanggapkan perkara mudah! Semudah membilang 1,2,3 dan...........Namun masih kuingat pesan ibu..."Belajar dahulu dan kejar cita-cita sebelum cinta"Masih kuingat dan tetap kuingat...
          Tetapi kini, cintaku lain dan sukar kujelaskan kerana tabir yang suram gelap itu menjadikan diriku kaku untuk berkata-kata tentang cinta kita! Aku terpegun dan aku mengerti pesanan guruku.Ya, aku mengerti cinta itu tidak sama dan tidak pernah pudar selagi ada hembusan nafas di jasad ini.
          Aku tidak pernah menyesal kalaupun aku jatuh cinta lagi kerana hidup yang indah ini akan lebih berseri bersama cintamu kerana aku telah disuratkan pandai menghargai cinta.Dan kini, kuharap warna-warna cintamu akan menyerikan hidup kita.Terima kasih untukmu yang jatuh cinta dan menyintaiku.Aku ingin menyintaimu di atas sejadah kejujuran dan dengan sepenuh keikhlasan di hati.


Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi Cinta
 

No comments:

Post a Comment