Sunday, January 30, 2011

Itu Apa Ya....Itu Bukan CINTA

Tapak tangan kita berpeluh,
Hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada,
 Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana,
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang,
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat,
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya,
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan,
 Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya,
 Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi...
Kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan
Dan tak terfahami...
Menarik kita mendekati dan tetap bersamanya,
 Itulah CINTA.
Kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya,
 Jika demikian, Itu CINTA.
Kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan,
Jika demikian, Itu CINTA.
Kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat ,
Itu CINTA.
Hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih,
 Itu CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia,
Itu CINTA.
Matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk,
Itulah namanya CINTA.

No comments:

Post a Comment