Sunday, September 25, 2011

Ini Namanya Tangkoi Udang

Entahlah....mungkin anak2 sekarang ni dah tak kenal kot dgn nama benda ni. Tapi inilah bendanya yang aku selalu gunakan masa di kampung dulu untuk mendapatkan anak2 udang yang dinamakan "udang padang".
Benda ni namanya "TANGKOI"

Gambar ni aku copy je dari wall kawan aku di FB...Tq sbb bagi aku idea nak tulis kat blog ni...bukan apa utk simpanan sendiri je..


Haaaa ni pulak cerita udang padang...Nilah rupanya udang tu..


Udang padang ni memangnya sedap di makan apatah lagi jika dicampurkan dengan kerabu yang nenek buat...Perghhhh memang sedap giler. Ada juga orang kampung aku yang gunakan udang ni untuk menghasilkan belacan.

Kalau you all nak tahu tangkoi ni diperbuat daripada kain jarang, biasanya nenek aku selalunya gunakan kelambu yang dah lama tapi masih elok dan tak terkoyak....Kalau terkoyak memang tak boleh guna..nanti udang keluar laaa..hehehehe..


Umpannya pun senang je...Hanya kepalkan tanah liat kat tepi sungai tu....kemudian golek2kan dalam dedak sehingga dedak tu melekat kat kepalan tanah liat tu. Haaa... lepas tu apa tunggu lagi.....letakkan dlm tangkoi dan labuhkan ke sungai. Tunggu beberapa minit, lepas tu angkat perlahan2....
wahhhh, banyaknya udang padang....goreng letak cili dan bawang potongpun sedap juga....

No comments:

Post a Comment