Wednesday, September 7, 2011

PETUA MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT


Petua 1: Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Petua 2: Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
Petua 3: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Petua 4: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Petua 5: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling sehingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Petua 6: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

No comments:

Post a Comment