photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, January 4, 2012

Jom Masak Kerabu - Mofabisa Alkasia


KERABU KERANG DENGAN PUCUK PAKU


Bahan Bahan :
1/2 kg kerang
1 ikat pucuk paku-dibasuh dan diambil daun, batang dan pucuk yang lembut-celur hingga lembut.
5 ulas bawang merah ditumbuk halus
2 sudu besar cili kisar/ 3 tangkai cili kering direndam dengan air panas dan ditumbuk halus
1 sudu teh belacan yang telah dibakar
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam jawa / 1 sudu besar pati asam jawa Adabi dicampurkan 1 sudu besar air
segenggam tauge dilalukan air mendidih di dalam penapis- toskan
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Basuh kerang bersih-bersih. Masukkan dalam periuk. Masukkan air secukupnya hingga tenggelam kerang. Didihkan dan tutup api. Kacau sedikit agar kerang masak rata. Kopek kulitnya dan ketepikan.
2. Bancuhkan air asam jawa dengan belacan, bawang, kerisik, cili kisar.
3. Masukkan tauge, pucuk paku dan kerang ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi. Masukkan sedikit garam dan gula. Gaul hingga semua bahan sebati.
Dah siaaap…

KERABU SELOM DAN TAUGEH

 
Bahan-bahan:

(hidangan untuk 5 orang)

2 ikat selom (kalau beli kat pasar le… kalau petik sendiri anggaran 2 cekak)- hiris halus
10 sen taugeh- buang ekornya
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris
**5 biji cili padi
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus… sedap juga…

KERABU JANTUNG PISANG


Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam
*** tumbuk semua bahan A hingga lumat
Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Didihkan air dalam periuk. Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan. Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi….
Selamat Mencuba…

KERABU EPAL



Bahan-bahannya

4 biji epal hijau segar (dihiris nipis memanjang)
2 sudu besar sos ikan 
1/2 cawan kacang tanah disangrai, buang kulit dan kisar halus+ kasar
1/2 cawan udang kering- disangrai dan kisar halus
3 biji limau nipis diperah airnya
garam gula secukup rasa
1/2 labu bawang besar holland dihiris nipis
2 biji cili merah dihiris nipis panjang-panjang 1 inci
Bahan ditumbuk halus:
3 ulas bawang merah
5 biji cili padi akar
3 batang serai dihiris nipis

Cara membuatnya:
1. Potong epal dan rendam dalam air ais agar kekal rangup. Apabila siap bahan lain, baru toskan epal dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan semua bahan. Gaul rata. Simpan dalam peti ais sehingga sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment