Monday, December 12, 2011

Grilled Salmon Dengan Sos Putih


Resepi ni memang aku tak pernah buat sbb tu aku kongsi je kat blog aku ni, sekurang2nya time aku nak masak, aku buka je blog aku ni..apa2 pun tima kasih kpd Potretkasih.com atas perkongsian resepi ni.


Bahan-bahan ( 2 orang )

2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
sayur-sayuran ( karot, brokoli, jagung, asparagus dsb – di celur atau di grilled dgn sedikit garam dan lada sulah,  sedikit lemon)

Bahan-bahan untuk sos ( White Sause )

2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Cara penyediaan

1. Sediakan sos putih: Panaskan mentega dlm periuk kecil, goreng 
    bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan susu segar, herba, garam dan lada hitam.
4. Kacau dan masak hingga mendidih. Matikan api dan diketepikan.
5. Ikan diperap  bersama garam dan lada hitam.
6. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
7. Hidangkan bersama sayur-sayuran, hirisan lemon dan white sos.

Resepi From :Potretkasih.com

No comments:

Post a Comment