Monday, December 12, 2011

Resepi Rendang Tok



Bahan-bahan

2kg daging lembu topside (potong ketulan sederhana kecil)
1 cawan kerisik
10 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai diketuk2
2 helai daun kunyit
Santan dari 2 biji kelapa
5 sudu makan gula melaka
4 asam keping
3 sudu makan gula
Garam ikut secukup rasanya


Bahan2 utk dikisar bersama

20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
6 cm halia
3 cm lengkuas
5 batang serai
1 sudu kecil belacan


Rempah2 lain

5 bunga lawang
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
8 bunga cengkih
3 sudu besar biji ketumbar
- Semua bahan2 rempah ini dikisarkan bersama2. Akak guna lesong besar dan tumbuk sehingga hancur

Cara membuatnya

1. Guna kuali yang agak besar, masukkan daging & kesemua bahan2 kisar, serai yang diketuk, daun kunyit, gula melaka & santan
2. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau2kan selalu sehingga kuahnya menjadi pekat
3. Masukkan asam keping & kerisik, kacau biar rata, diikuti dengan gula & garam
Sambung kacau sehingga menjadi rendang yang betul2 kering.

Boleh tambah hirisan daun kunyit utk lebih aroma..

No comments:

Post a Comment