Saturday, December 3, 2011

Kuih Muih Yang Mudah


Buah Melaka

Bahan:
1 bungkus tepong pulut
1 cawan tepong gandum
1 sudu garam
1/2 sudu teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
Air secukupnya
2 atau 3 keping gula melaka - dipotong dadu
1 biji kelapa parut - putihnya saja
Cara Menyediakan:
Campurkan semua tepong dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi doh.
Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengahnya.
Sementara itu jerang air didalam periok.  Masukkan daun pandan.
Masukkan bebola doh tadi kedalam air yang mendidih.  Bebola timbul apabila masak.  Angkat dan salutkan dengan kelapa parut.
Sedia untuk dihidangkan.
Daripada: 100 Resipi Masakan Kuih Muih Malaysia

Bingka Pisang

Bahan-bahan:
400 gm pisang ranum
1 biji telor
150 ml pati santan
90 gm tepong sera guna
80 gm gula pasir
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
Lecek pisang sehingga lumat
Masukkan telor dan santan, kacau sebati.
Bubuh tepung, gula dan garam, gaul rata.
Lenser acuan bulat ukuran 20 cm dengan sedikit minyak.
Tuang adunan pisang kedalam acuan.
Bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 190 degrees C selama 40 minit atau sehingga bingka masak.

Sumber:  Koleksi Resipi Jelita 2

No comments:

Post a Comment