photo 627201q5jaigt1eg.gif

Saturday, December 3, 2011

Kek Yang Sempoi


Kek Coklat Mudah

Bahan:
120 gm Hershey's Baking Chocolate - dipatah-patahkan
125 gm mentega/marjerin
1 2/3 cawan air mendidih
2 1/3 cawan tepong gandum/tepung Top
2 cawan gula kaster
1/2 cawan krim masam (sour cream)
2 biji telur
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam {kurang pun boleh}
1 sudu teh esen vanilla
Cara Menyediakan:
Panaskan oven 350 degrees F (180 degrees C).  
Sediakan acuan 13 x 9 x 2in dilenser dengan mentega dan tabur tepung.
Masukkan coklat, mentega dan air panas kedalam mangkuk, 
kacau dengan senduk hingga coklatnya cair dan adunan nampak sebati.
Masukkan tepung, gula, krim masam, telur, baking soda, garam 
dan esen vanilla.  Putar dengan perlahan menggunakan mixer, 
hingga adunan sebati.  Tuang adunan ke dalam acuan.
 Bakar selama35-40 minit atau hingga masak.  
Biarkan kek sejuk di dalam acuan.  
Keluarkan kek apabila betul-betul sejuk.
Hias dengan krim coklat jika suka.


Kek Coklat Peanut Butter
Bahan:
1 3/4 cawan tepung kek - diayak
3/4 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh garam
1 cawan gula
80 gm mentega
110 gm mentega kacang (jenis creamy)
125 gm coklat masakan - dicairkan
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh vanilla
Cara Menyediakan:
Panaskan ketuhar - 350 degrees F.  Sediakan acuan 8 x 8in
 yang telah dilenser dengan mentega dan dilapis dengan kertas minyak.
Campurkan tepung, baking soda, garam dan gula.  Ketepikan.
Putar mentega dan mentega kacang sehingga sebati.  
Masukkan coklat yang telah dicairkan.  Putar lagi hingga sebati.  
Masukkan pula adunan tepung tadi.
Putar lagi hingga adunan rata.  Masukkan dalam acuan yang telah 
disediakan.
Bakar selama 25 minit atau hingga masak.  Hias dengan krim 
coklat jika suka.

Nota:  Resepi ini adalah diantara resepi yang aku kongsi dari 
ebook "Chocolate Cake Recipes"yang diberikan percuma 
pada sesiapa yang mendaftar menjadi ahli laman web ini. 

Muffin Oreo

Bahan:
1 3/4 cawan tepung serbaguna (gandum)
1/2 cawan gula
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan  susu segar
1/3 cawan krim masam (sour cream)
1 biji telor
1/4 cawan marjerin/mentega
20 keping biskut oreo (buang inti) - dihancurkan agak kasar
Cara Menyediakan:
Campur mentega/marjerin, gula, baking powder dan garam 
dalam mangkuk sederhana.  Ketepikan.
Satukan susu, krim masam dan telor.  Kacau sebentar dan 
masukkan kedalam mangkuk tepung tadi, masukkan juga 
mentega dan kacau dengan senduk hingga rata.
Masukkan biskut Oreo yang dihancurkan tadi.  
Sediakan mangkuk muffin (muffin paper cup) dan masukkan 
adunan muffin.
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 400 degrees F atau 
sehingga muffin masak. 
Sedia untuk dihidangkan.

Kek Durian Coklat Chips

Bahan-bahan:
250 gm mentega
180 gm gula kaster
2 sudu besar susu pekat
4 biji telor
250 gm tepung naik sendiri
200 gm isi durian - dikisar
200 gm coklat chips
1 sudu teh soda bicarbonate

Cara Menyediakan:
Ayak tepung bersama soda bicarbonate.
Pukul mentega, gula, susu pekat hingga gebu dan 
masukkan isi durian.
Masukkan telor satu persatu dan pukul rata.  
Masukkan tepong, coklat chips dan gaul rata.
Tuangkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 180C 
selama 45 minit.

Kek Kukus Jagung

Bahan-bahan:
180 gm majerin
180 gm gula pasir
180 gm tepung gandum - diayak
60 gm tepung naik sendiri- diayak
1 sudu kecil baking powder
5 biji telur
1/2 tin jagung dalam tin - jenis krim
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Menyediakan:
 Pukul majerin dan gula pasir hingga kembang. 
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
Masukkan pula jagung dan esen vanilla, kacau dulu hingga sebati.  
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.  
Kacau lagi hingga sebati.
Masukkan dalam acuan 9 x 9in dan kukus selama satu(1) jam atau hingga masak.

Kek Sponge Sarang Semut
Bahan:
7 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 tin (390 gm) susu pekat manis
3 sudu makan mentega
1 sudu makan bicarbonate of Soda
1 sudu teh esen ros
Cara Menyediakan:
Masak gula hingga hingga kekuningan.  
Kemudian masukkan air.  Selepas itu masukkan mentega.  
Biarkan hingga mendidih.  Sejukkan.
Pukul telur hingga kembang.  
Masukkan susu dan pukul lagi hingga rata.  
Masukkan tepung dan bicarbonate of soda.  
Kemudian masukkan gula hangus tadi.  
Pukul hingga rata.
Akhir sekali masukkan esen ros.  
Tuang adunan kedalam acuan dan tutup acuan rapat-rapat 
dengan aluminium foil untuk mengelakkan air/wap kukusan 
masukan ke dalam adunan. 
Kukus selama 1 1/2 jam.

Kek Batik


Bahan- Bahan:
600 gm biskut marie
6 biji telur
350 gm mentega
1 cawan Milo
1/2 cawan nestum
1 sudu besar serbok koko
1 tin susu pekat
2 tin air suam - ikut sukatan tin susu pekat
 Cara Menyediakan:
Pukul telur sehingga kembang.  Bancuh Milo,
Nestum, serbuk koko dan susu dengan air suam 
sebanyak 2 tin lalu digaul rata.
Masukkan telur dan mentega ke dalam bancuhan tadi 
dan dikacau diatas api sehingga pekat.  
Angkat dari api, kemudian masukkan biskut marie 
yang dipatah-patahkan lalu digaul rata.
Sapukan mentega disekeliling acuan.  
Masukkan adunan tadi sambil ditekan sehingga padat.
Simpan dalam peti sejuk.  
Keluarkan apabila adunan tadi sudah keras.

No comments:

Post a Comment