photo 627201q5jaigt1eg.gif

Thursday, December 1, 2011

TATANGLAH HATIMU



Kehidupan pada hari ini menuntut kita untuk bercampur dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Sudah tentunya apabila wujud pergaulan sesama manusia pasti ianya juga melibatkan pelbagai soal hati.

Apabila timbul pelbagai soal hati maka wujudlah penyakit hati seperti hasad dengki, ego, ujub, dan sebagainya.

Tidak semua kehendak hati manusia dapat penuhi secara keseluruhannya kerana manusia mempunyai batasannya sebagai hamba Allah. Mereka tidak terlepas daripada pelbagai kelemahan dan kepincangan hati. Hati manusia juga tidak serupa walaupun bentuknya sama tetapi kehendaknya tidak serupa.

Bak kata pepatah,"rambut sama hitam,hati lain-lain".

Bagi mengubat dan menghidupkan hati, kita hendaklah menjauhkan hati daripada segala racun-racun hati yang boleh merosakkan dan membuuh secara senyap-senyap tanpa disedari. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah apabila berkata-kata kerana lidah itu lebih tajam daripada pedang.

Begitu juga halnya dengan menjaga perut yang menjadi punca segala penyakit. Mata juga hendaklah dijaga daripada memandang apa yang tidak sepatutnya dilihat  dan yang akhirnya menjaga kemaluan daripada segala keburukan serta pertahankanlah maruah diri sebagai Mukmin yang sejati.

Iman yang kuat dapat menjadi benteng kepada segala hasutan syaitan dan bisikan hawa nafsu. Jangan biarkan nafsu dan kata hati menguasai diri kita sebaliknya gunakanlah pertimbangan akal dan iman yang sejati dalam menentukan setiap perkara.


JENIS-JENIS HATI

Para ulama telah menyatakan, Alllah S.W.T  telah mengkategorikan hati kepada 3 jenis

1. Qalbun Sahih
Qalbun Sahih bermaksud hati yang suci. Apabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah. S.W.T

2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti, hati yang mati. Orang yang memiliki jenis hati ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah, serta tidak akan dicintai Allah. Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.

3. Qalbun Maridh
Hati ini adalah hati yang sakit, Golongan yang mempunyai jenis hati ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka kadangkala melebihkan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riak.

Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan daripada sifat tercela ini.

Hati yang sakit ini, asalnya mempunyai dua motivasi
> Motivasi untuk  mengajak kepada Allah, Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat
> Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan di dunia yang sifatnya hanya sementara

Beza hati Mukmin dan Hati  kafir

Sayidina Ali berpesan: 
" Hati seseorang mukmin itu bersih, terdapat pada pelita yang bercahaya.
Manakala hati sesorang kafir itu hitam serta berpenyakit"

Contohilah akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W yang telah dijanjikan padanya Syurga.

KUNCI MENJAGA HATI.

1.  Menjaga perut
  • Sabda Rasulullah S.A.W: " Makanlah apabila lapar, berhenti sebelum kenyang."
  • Banyak berpuasa sunat
  • Makan makanan yang halal sahaja
  • Makan makanan yang berkualiti
  • Banyakkan minum air kosong
2.  Menjaga mata
  • Gunakan mata untuk melihat kebesaran Allah dan kemudahan harian seperti mencari jalan dan sebagainya
  • Elakkan melihat yang haram
  • Jaga kesihatan mata
  • Banyakkan membaca Al-Quraan
  • Memakai celak
3.  Menjaga kemaluan
  • Segera berkahwin
  • Menjalin hubungan intim suami isteri 
  • Elakkan tempat maksiat
  • Elakkan pergaulan dengan yang bukan mahram
  • Menjaga kesihatan dan kebersihan kemaluan
  • Bercita-cita untuk mempunyai anak yang ramai
4.  Menjaga lidah
  • Gunakan lidah untuk berdakwah
  • Jangan sakitkan hati kawan dan jiran
  • Selalu bertasbih kepada Allah S.W.T 
  • Selalu membaca Al-Quraan
  • Elakkan mengumpat.memfitnah, dan mencaci
  • Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut, gusi dan gigi



RACUN HATI



Namanya pun racun, mendengar perkataannya kita pun sudah membayangkan bahawa ianya adalah suatu yang boleh menyakitkan, menyeksakan dan jika dibiarkan racun boleh membunuh. Hati juga punya racun yang boleh membunuhnya.Tetapi bezanya racun hati jarang kita sedari kerana ianya telah sebati berlaku di persekitaran kita.

Racun hati boleh disebabkan oleh tiga penyebab utama iaitu;
LIDAH,
MATA dan
PERUT.

Jika tiga penyebab ini tidak dijaga, maka rosaklah hati.

RACUN YANG BERPUNCA DARI LIDAH..

Betapa bahayanya lidah jika tidak kita jaga dengan baik kerana ia merupakan aggota dalam tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati. Kita hendaklah mengawal lidah daripada berbicara tentang hal orang lain iaitu mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia..

Daripada Anas bin Malik  r.a.,Rasulluah S.A.W bersabda:
" Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya."

Betapa bahayanya lidah jika tidak kita jaga dengan baik kerana ia merupakan anggota dalam tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati..

MENJAGA LIDAH
Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyegatmu, kerana lidah tidak ubahnya seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya..
(Imam al-Syafi'i)

Sayidina Umar al-khattab r.a pernah berkata:
"Barang siapa banyak berbicara maka banyak kesalahannya. Oarang yang banyak salahnya bererti banyaklah dosanya sehingga Nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka..

MENGADU DOMBA

Sabda Rasulluah S.A.W yang bermaksud 
"Tidak masuk Syurga orang yang suka mengadu domba."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud mengadu domba..
Mengadu domba ialah mengenai keburukan orang lain serta suka menambah cerita mengenai keburukan orang lain.

MENGUMPAT
  • Membicarakan aib orang lain sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya sedang diumpat
  • Bertujuan untuk merosakkan nama baik dan menjatuhkaan maruah orang lain pada pandangan umum
  • Menjurumus kepada fitnah yang membawa dosa yang lebih besar Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan". ( Surah al-Baqarah:191)
Memfitnah  ( apa itu memfitnah?)
  • Fitnah adalah cubaan untuk mengagngu, menghasut dan mengacau ketenteraman orang lain melalui perkataan. Ianya dilakukan dengan tujuan jahat untuk membuatkan orang lain diftnah itu menderita, berpecah belah ban sengsara.  
PUNCA PERBUATAN FITNAH
  • Fitnah boleh terjadi apabila wujud perassan dendam dan iri hati serta dengki dengan kejayaan orang lain 
  • Orang yang suka memfitnah tidak mempunyai pegangan iman yang mantap. Tidak takut kepada ancaman dan seksaan Allah S.W.T
  • Orang yang suka memfitnah juga mempunyai jiwa yang rosak
  • Wujud dalam dirinya sikap tamak dan haloba yang sukar untuk dikikis
  • Melakukan sesuatu dengan hati yang tidak ikhlas. Mereka suka melihat orang lain menderita dan sengsara. 
CARA UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA FITNAH 
  • Tidak berkawan dengan orang yang rosak akhlak dan jiwanya
  • Memantapkan diri dengan sifat yang terpuji dan teguhkan keimanan kepada allah S.W.T 
  • Menanam rasa benci untuk melakukan fitnah
  • Biasakan diri untuk menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara yang diterima sebelum mempercayainya
  • Sentiasa rasa kasih, simpati dan bertimbang rasa terhadap sesama manusia
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya fitnah 
SEJARAH FITNAH 
  • Keluarga Rasulluah S.A.W telah difitnah, dimana Abdullah bin Abi memfitnah Sayidina Aisyah r.ha. dengan mengatakan wanita ini curang dengan Safwan bin al-Mu'tal al-Salami. Keluarga Rasulluah menjadi huru-hara sehingga Allah menurunkan wahyu menafikan tuduhan itu
  • Fitnah yang dilakukan oleh iblis kepada Nabi Adam a.s dan Hawa di Syurga untuk memakan buah khuldi sehingga keduanya disingkirkan daripada syurga.
  • Nabi Yusuf  a.s pernah difitnah oleh ibu angkatnya sendiri sehingga beliau dipenjarakan



HATIKU MILIK SIAPA ?
adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada Ilahi?
adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM Ilahi dalam hatinya?
adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???


Kembalikan Hati Kepada ALLAH



Pernah tak hati merasa gelisah sepanjang hari?? Pernah tak merasa tidak senang duduk, seperti ada yang tidak kena atau pun belum lunas. Tapi masih, tetap kita tidak tahu kenapa kita boleh rasa begitu?

Atau kadang-kadang, kita tahu kenapa kita rasa resah begitu. Dan kita sendiri membuat andaian, itu mungkin teguran daripada ALLAH atas apa yang telah kita perbuatkan. Sama ada yang kita sengaja dan menyembunyikannya dari ramai orang tahu atau yang kita terlepas pandang lalu ALLAH bukakan hijab hati kita?

Saya pasti. Mesti pernah, kan..? Saya pun pernah juga...

Kadang-kadang rasa resah itu sehingga menimbulkan rasa debar dihati. Memang suatu rasa yang langsung tidak menenangkan. Kemuncaknya adalah apabila kita mahu merebahkan diri di pembaringan, dan debaran resah itu kita dapat rasai dengan jelas.


Hati Resah Itu Tanda Isyarat

Selalunya dan kadang-kadang hati itu resah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan.
Bersyukur jika hati kita masih merasa gelisah sejurus selepas melakukan dosa dan kemaksiatan yang terzahir dan tersembunyi. Sebab itu adalah tanda bahawa hati kita ini masih hidup dan masih memiliki rasa seorang Muslim yang takutkan azab ALLAh dan memang merasa tidak senang akan kemaksiatan.

Itu salah satu isyarat. Isyarat bahawa hati itu masih cenderung pada fitrahnya yang bersih dan sedaya tidak menerima kekotoran, lalu menjadi gelisah, kerana mahu memohon ampun dari-Nya!

Kemaksiatan itu boleh terjadi dengan banyak cara. Hatta duduk di hadapan laptop saja sudah boleh mengundang banyak dosa dari pahala. Akhirnya nanti, mahukah kita menjadi orang yang tercelah? Maka, tanya diri sendiri.
Pasti hati itu akan menjawab dengan jujur atas setiap perbuatan.

ALLAH Yang Maha Berkuasa, punya banyak cara untuk menegur para hamba-Nya yang melakukan kesalahan besar dan kecil. Salah satunya, melalui resah hati.

Tapi, tidak semua manusia yang mengalami keresahan hati itu, cukup membuatkan dirinya meninggalkan apa yang dilakukannya, yakni yang mengundang dosa, resah dan gelisah. Maka jangan hairan jika ada manusia yang tetap bertahan dengan hati yang sentiasa resah. Yang akhirnya, hati yang resah itu memberikan kesan dalam hidupnya sehingga kehidupan sebenarnya menjadi serabut.


Teguran Yang Menundukkan Manusia

Ada waktu, ALLAH akan berikan teguran yang agak keras. Percaya?
Kadang-kadang ALLAH SWT menegur para hamba-Nya dengan suatu teguran yang menyakitkan. Dan dengan teguran itu kita terhenyak, terjelepok dan sedar. Mungkin dengan cara ALLAH SWT memberikan dugaan dengan sesama manusia yang membuka mata hati. Atau boleh jadi, mungkin ALLAH SWT membuat manusia gagal dalam sesuatu perkara yang dilakukan. MashaALLAH..!

Pun begitu, bersyukurlah kepada-Nya, bila hati kecil yang dinodai ini masih dapat merasakan peringatan dari ALLAH SWT dengan sesuatu keadaan yang sangat memukul hati. Dan dengan cara itu, kita menjadi seorang hamba yang tertunduk pada keagungan ALLAH SWT. Lalu rasa kerdil menyerap dalam hati di hadapan ALLAH.


Jiwa Yang Mahu Dekat Kepada Rabbnya

Sahabat dan sahabiah pernah merasa begini?
Merasa sedih tanpa alasan yang kita sendiri kabur mengenainya, kurang pasti kenapakah kesedihan yang bertandang dihati lalu sangat menyengat itu terjadi tanpa asbab yang kita kurang tahu atau pun tidak tahu. Atau pun merasa asing di tengah keramaian, ketika bersama keluarga dan rakan-rakan? Atau merasa bosan walhal hidup dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada?

Kadang-kadang semua itu terjadi kerana jauhnya jiwa kita dari ALLAH.
Kita ini, kadang-kadang terlepas pandang dan menyandarkan jiwa kita pada kebendaan yang wujud di hadapan. Menyandarkan rasa kebahagiaan kita kepada manusia tanpa mengembalikan rasa bahagia itu kepada ALLAH untuk memautkan jiwa yang kerdil ini kepada-Nya. Sebab itu, jiwa sering kali merasa kosong, gelisah, sedih yang kita sendiri tidak tahu asbabnya. Padahal, sebenarnya tautan jiwa kita dengan ALLAH SWT makin goyah kerana lalai dengan nikmat dunia.

Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah, ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa itu akan ada jika manusia itu berusaha untuk sentiasa memperbaiki hubungannya dengan ALLAH SWT. Dengan itu, Insya'ALLAH jiwa menjadi tenang. Sebab, sumber ketenangan itu datangnya daripada Dia.

Maka, mana mungkin Dia Yang Maha Pengasih tidak mengurniakan ketenangan dan kebahagiaan kepada hamba-Nya yang berusaha di atas nama-Nya?

Kadang-kadang kita megah dengan perbuatan kita.
Tapi yang sebenarnya, hati kita sedang menangis sengsara.
Kita mungkin boleh menipu manusia dengan topeng ceria dan kegembiraan kita yang terpapar di wajah.
Tapi kita sesekali tidak akan dapat menipu diri sendiri. Sebab, diri sendirilah yang merasa sakit dan nikmatnya keadaan yang ALLAh Ta’ala berikan.

INGATLAH....
Hati itu ALLAH Ta’ala yang ciptakan,
jika hati itu semakin jauh dari Dia,
apakah kamu akan menyangka ia akan tenang seadanya,
sedangkan sumber ketenangannya berada jauh darinya.
Bawalah diri menunduk kepada kebesaran Tuhan,
bawalah hati untuk diserahkan kepada Tuhan.
Semoga ALLAH merahmati.
Insya'ALLAH..........

 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi..



Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif..
ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU
ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri.. maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,
ada padaMU sifat lembut.. maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU.. 
Ya Allah, Ya Rabbi,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini, 
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat mereka yang kegelapan,
semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya untuk mencapai redhaMU,
di dunia dan akhirat.
Aamiinnn Ya Rabbal ‘Alamin.


SUMBER :
~azita_idris79@yahoo.com / islamyangterindah.blogspot
~ubathatiapakahpenawarnya.blogspot.com





No comments:

Post a Comment