Monday, December 12, 2011

KhASiAt Air KeLaPa muDa




a. Mencuci muka dengan air kelapa secara istiqamah tiap hari dapat menyembuhkan atau melenyapkan jerawat, noda-noda hitam, kerutan pada wajah, kulit mengering, dan wajah menjadi berseri.

b. Campurlah air kelapa dengan sedikit madu. Ramuan ini merupakan tonik yang murah tetapi berkhasiat. 

c. Air kelapa berkhasiat sebagai diuretik, iaitu untuk memperlancar pengeluaran air kencing. Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis bermanfaat untuk mengatasi dehidrasi (kehilangan air dari badan), juga untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil.

d. Jika air kelapa muda yang dicampur dengan susu, boleh dimasukkan ke dalam makanan tertentu untuk menjadikan makanan lebih enak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah, sembelit, dan sakit pencernaan.

e. Air kelapa juga mempunyai bermacam-macam khasiat sebagai minuman kesihatan. Di antaranya, minum air kelapa muda juga dapat membantu mengatasi pengaruh racun obat sulfa dan antibiotika lain, sehingga menjadikan ubat-ubat itu lebih cepat diserap ke dalam darah.

Nota: anda dinasihatkan tidak meminum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

No comments:

Post a Comment